Halaman

Sejarah



Selayang Pandang 1976

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan Kuala Lipis (SMKSK), telah siap dibina pada 17 Disember 1976 di kawasan seluas lebih kurang 17 ekar. Sesi persekolahan bermula tanggal 3 Januari 1977 dan seramai 123 orang pelajar dan 8 orang guru telah melaporkan diri pada hari Sabtu tersebut. Pengetua pertama ketika itu ialah Tuan Haji Mohd. Sabri bin Mohd. Ali dan guru penolong kanan ialah Encik Alias bin Mat.

Sebanyak 3 buah kelas disediakan untuk pelajar berkenaan di blok A dan dinamakan 1S, 1K dan 1R. Huruf S dimaksudkan dengan Sungai, K pula Koyan dan R dengan Raub. Kemudian blok B, C dan D dibina bagi menampung keperluan pelajar yang kian bertambah. Tingkatan 5 Teknologi (kini 5 Sains) bagi aliran Sains manakala 5 Perdagangan, 5 Ekonomi dan 5 MPV bagi aliran sastera. Begitu juga dengan tingkatan 4. Manakala kelas tingkatan menengah rendah iaitu tingkatan 2 dan 3 juga bertambah seperti Teknologi, Sains, Progresif, dan Kreatif. Hanya tingkatan 1 yang ditambah dengan kelas Dinamik disebabkan jumlah pelajar yang ramai.

Sekolah ini terletak 53km dari Raub dan 45km dari Kuala Lipis. Dahulunya sekolah ini diletakkan di bawah penyeliaan PPD Raub dan kemudian ditukarkan di bawah PPD Lipis. Sekolah ini terletak dalam gugusan Felda Sungai Koyan 3 dan lebih kurang 960 meter dari simpang jalan besar Raub – Kuala Medang.

0 ulasan :

Catat Ulasan